Rabu, 30 Mei 2012

JOdOh

Jodoh,
Jodoh adalah apa yang tertulis untuk kita,
kita dijadikan berpasang-pasangan,
Benar semua itu,
Tetapi pernah ke kita terfikir?
Dimana logiknya jodoh itu?
Kita berkata tetang jodoh.
Tetapi kita tidak tahu siapa jodoh kita.
Kita suka berkata, awaklah jodoh saya,
sedangkan ijab dan kabul belum terlaksana.

Jodoh,
Jodoh itu rahsia allah,
Jika belum terlaksana ijab dan kabul,
Janganlah kita yakin si dia adalah jodoh kita..
Sedangkan kita, belum tunaikan hukum allah.

Jodoh,
Jika kita selalu berkata tentang jodoh yang tak pasti,
Pastinya maksiat akan berleluasa,
Pastinya gejala pembungan anak akan meningkat,
Kerana apa?
Kerana manusia ini selalu menyalah ertikan maksud jodoh,
Sehingga mampu menggadaikan maruah.
Hanya kerana percaya dengan jodoh.
Engkaulah jodohku wahai si bunga..

Selasa, 29 Mei 2012

Aku Benci Lelaki Kerana Hati INi Disakiti

Lelaki,
Ya hati ini sengsara,
Ya hati ini tidak lagi dapat menerima kaummu,
Ya hati ini disakiti oleh kaummu,
Aku tidak pernah menyangka,
Hati ini amat membenci cinta seorang lelaki,
Jika dulu cinta lelaki yang aku cari,
Tapi bukan kini,
Bila aku mula membesar,
Aku semakin matang berfikir,
Tetapi hati aku tetap membenci lelaki,
Dulu aku punya cinta yang aku sanjung,
Aku punya cinta yang aku banggakan,
Tetapi engkau lukakan hati ini,
Hanya kerana wanita lain yang hadir dalam hidupmu.
Ya aku akui aku bukan wanita yang punya kecantikan rupa,
Aku bukan wanita yang punyai kesopanan seperti si dia,
Tetapi aku juga punyai kelebihan sendiri,
Aku ada personaliti hidup aku sendiri.
Tetapi engkau bandingkan aku dengan si dia,

Lelaki,
Wanita juga seperti lelaki,
Tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain,
Ianya seperti hinaan untuk diri ini.

Jumaat, 11 Mei 2012

PeSaN IBu

Anak,
Dengarlah pesan ibu ini,
Dengarlah dengan mata hati,
Dengarlah wahai buah hati.

Anak,
Ibu ingin melihat engkau berjaya,
Ibu ingin melihat engkau dewasa dengan sempurna,
Ibu ingin melihat engkau mencapai cita-cita,
Ibu ingin melihat engkau menjadi anak yang berjaya.

Anak,
Tetapi semua itu tidak semudah bicara,
Tetapi semua itu perlukan penggorbanan,
Tetapi semua itu perlu iman didada.

Anak,
Jika engkau tidak mahu kecewa,
JIka engkau tidak mahu derita,
Jika engkau tidak mahu sengsara.

Anak,
Engkau perlu bangkit,
Engkau perlu bangun,
Engkau perlu maju,
Engkau perlu mara,

Engkau perlu semua itu, untuk bukti diri engkau juga mampu,
Diri engkau juga mampu sebaris mereka di luar sana,
Buktikan wahai anak..
Buktikan itu.

Kasih ibu tiada gantinya,
Dialah ibu tika engkau perlukan kasih sayang,
Dialah guru tika engkau perlukan didikan,
Dialah doktor tika engkau sakit,
Dialah kawan tika engkau perlukan teman,
Dialah segala-galanya untukmu wahai anak.

LeLaKI Di LuaR sAnA

Lelaki,
engkau hamba allah yang bergitu sempurna,
engkau hamba allah yang diberi mandat yang perlu kau pikul,
engkau masih ingat apa yang Allah galaskan dibahu mu itu?
engkau masih ingat janji-janji mu itu?

Ingatlah wahai Lelaki!

Lelaki,
engkau keturunan adam,
engkau pemimpin kaum hawa,
engkau khalifah dunia yang digeruni,
engkau mengubah dunia menjadi sejahtera.

Lelaki,
tetapi jika engkau tidak berlajar untuk jadi sempurna?
manakan boleh engkau memimpin dunia menjadi sejahtera?
manakan boleh engkau mampu memimpin kaum hawa?
manakan boleh engkau menjadi khalifah dunia?

Lelaki,
tugasmu memimpin hawa ke pintu syurga.
tugasmu menjadikan mereka hamba yang solehah di mata yang maha Esa,
tugasmu menjadikan mereka sempurna si mata suami-suami mereka,
tugasmu memenuhi mereka di syurga,
tugasmu menjauhi mereka dengan neraka,
tugasmu mencantikkan mereka dengan nur yang maha Esa,

Itulah tugasmu wahai adam untuk kaum hawa.

Khamis, 10 Mei 2012

CiNta

Cinta ibarat angin,
Angin yang membawa ketenangan dalam jiwa,
Namun kekadang angin juga mampu membinasakan.

Bergitu juga cinta,
Kekadang cinta itu membahagiakan,
Kekadang cinta juga membawa derita jiwa,
Jika cinta itu disulam dengan kejujuran dan kasih yang abadi dari yang maha Esa,
Insya-allah cinta umpama permata berlian yang sungguh berharga.

Jika cinta dicallit dengan maksiat dan hasutan syaitan laknatullah,
Subhanallah, cinta itu pasti membawa derita yang perit di jiwa..
Oleh itu, wahai hamba ALLAH SWT yang bijaksana,
Bersama-samalah kita mencari cinta yang diredhai oleh-NYA.

Cinta hakiki dan yang abadi adalah cinta kepada tuhan yang maha kuasa,
Cinta manusia kerana cinta kepada allah.
Janganlah mencintai manusia melebihi rasa cinta pada ALLAH SWT.